Ahad, 17 Oktober 2010

Chemandi Mega Malam (ASPS) gegar Seremban

Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Sembilan baru saja melabuhkan tirai kejohanan petang tadi setelah bermukim 4 hari 3 malam (14~17 Okt) di Kompleks Sukan Seremban 2.


Antara pertubuhan yang bertanding adalah Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Fatani, Persatuan Seni Silat Abjad, Persatuan Seni Silat Tanah Rata, Persatuan Seni Silat Mega Chemandi Mega Malam dan beberapa persatuan lain.
(Upacara Penutup Kejohanan & Penyampaian Pingat)

Akademi Sukan Pencak Silat mewakili Persatuan Seni Silat Chemandi Mega Malam mempertaruhkan 20 peserta membentuk dua team (A & B) berjaya membawa pulang 8 emas, 7 perak dan 5 gangsa pada kejohanan berkenaan. Syabas bagi semua peserta juga "tabik spring" para kontinjen ASPS dalam membantu melicinkan perjalanan pesilat sepanjang kejohanan berlangsung.

(Sebahagian Kontinjen ASPS yg terlibat)

Kepada pesilat-pesilat yang berjaya merangkul emas, anda layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 2 minggu mendatang (info lanjut sila rujuk jurulatih atau PESAKA NS).

(Suntikan semangat dari pelepas : Jemaah Kejurulatihan)


Lampiran Foto:
(Pengurus Kontijen)

Pegawai-pegawai Kontingen

Penyeri

"Mato-mato" ASPS

Doa Pengiring diaminkan beramai-ramai.

Barisan pejuang bersama pingat masing-masing.

Lagi video & foto bakal dilampir tidak lama lagi.

Akademi Sukan Pencak Silat: Syukur, teruskan langkahmu.. perjuangan kita masih belum selesai!

Ahad, 28 Mac 2010

Kejohanan Silat - sukses!

Alhamdulillah, kejohanan telah tamat dengan jayanya (seminggu lepas).
Sebahagian gambar sekitar kejohanan:

(sebilangan peserta berkumpul semasa sessi taklimat kejohanan)

Pasukan jemputan yang hadir menjayakan kejohanan adalah perguruan Gayung Fatani; Perkasa KL, Pertubuhan Seni Gerak Insan; Melaka, Mega Chemandee, Chemandee Mega Malam dan Akademi Sukan Pencak Silat.


(taklimat untuk pengurus setiap pasukan & taklimat urusetia - dikendalikan oleh Cikgu Kamarul Arifin)


(sebilangan wasit juri bertauliah - masuk mengadap sebelum memula pertandingan)
Wasit dan juri kejohanan diwakili oleh ahli Akademi Sukan Pencak Silat, Ketua Pertandingan Cikgu Kamarul Arifin dan Cikgu Kamal dari Wasit Juri Antarabangsa.

(majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Tampin - Dato' Shaziman Abu Mansor, merangkap Menteri di Jabatan Kerja Raya: lokasi MRSM Gemencheh 20 Mac 2010)
Sekalung penghargaan khasnya kepada penganjur kejohanan, budi & jasa kalian kami kenang. Tahun depan boleh kita anjur lagi. Insya Allah.

(antara VVIP Dewan Pendekar : bukan sekadar penyeri sepanjang kejohanan)


Ahad, 14 Mac 2010

Mesyuarat Khas Kejohanan - Final





<--- gambar selingan:
sebilangan yang turun Tampin Februari lalu.






Mesyuarat Khas Kejohanan sempena event yg bakal mendatang, tak sampai 2 minggu lagi dah ni.
Terima kasih kepada kepada yang hadir iaitu Pengetua MRSM Caw. Gemencheh selaku tuan rumah turut sudi bekerjasama dengan pihak penganjur khasnya kami ASPS. Jasa baik tuan amat-amat kami hargai. Turut sama bekerjasama jadi "orang pangkal" kami semasa kejohanan nanti adalah Ketua Kampung Kg. Tenai & JKKK-nya, sedia meringankan tulang.
Jabatan-jabatan kerajaan seperti IPD Tampin, Majlis Daerah Tampin, Kementerian Kesihatan Malaysia, RELA, Jabatan Penerangan serta lain-lain agensi terlibat; terima kasih atas sokongan kalian.

Semoga Kejohanan yang bakal kita kemudikan ini memberikan sesuatu untuk diri, agensi malah masyarakat amnya.

Utk warga ASPS; Isnin petang ada perjumpaan. Jangan lepas pandang udah la..

Khamis, 11 Mac 2010

Kejohanan Silat MRSM Se-Malaysia

Kejohanan Silat Antara MRSM Se-Malaysia sudahpun berlabuh tirai buat tahun ini. Syabas buat tuan rumah iaitu MRSM Gemencheh dan pesilat-pesilatnya yang cekal dan bersemangat sekali.

Kepada MRSM cawangan-cawangan yang lain, tahniah pada yang berjaya merangkul pingat, semoga dipertemukan lagi pada tahun mendatang, insya Allah.

Cayalah!

Selasa, 23 Februari 2010

Sessi Taklimat Pembukaan Gelanggang

Beberapa hari yang sudah, pihak kepimpinan ASPS berjaya melaksanakan sessi taklimat di beberapa bakal gelanggang baru iaitu Kampung Geduk dan Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Terima kasih atas penasihat Jemaah Kejurulatihan ASPS selaku pengasas Akademi tampil menyinsing lengan, mengendalikan upacara pertama dalam proses pembukaan gelanggang. Turut hadir bersama beberapa orang-orang kuat ASPS, jemaah lain, barisan jurulatih muda, pesilat-pesilat ASPS juga takkan lupa rombongan dari team Gemas yang sentiasa full support ASPS (main api tuuu...)

Terima kasih jugak saya mewakili kampung saya sendiri kepada ASPS, kerana sedikit sebanyak membantu menambahkan lagi aktiviti belia bagi kampung-kampung kecil seperti ini. JKKK turut memeriahkan lagi majlis serba ringkas ini selain barisan belia kampung dan Exco ASPS dari cawangan ranting gelanggang berkenaan.

Antara gelanggang baru yang bakal dibuka iaitu Bukit Rokan Utara, Bangkahulu di Gemas, Sekolah Tunku Abdul Rahman Gemas dan beberapa pertubuhan belia di daerah Tampin.

Syabas tak terhingga buat barisan kejurulatihan yang tak kenal erti kejurusletihan.
Majulah silat demi Islam, Melayu dan Malaysia.
*Takkan nak harapkan bila ada pemimpin je kita bersemangat melaungkan BELIA BENCI DADAH beb!!

Khamis, 21 Januari 2010

Kejohanan Pencak Silat Jemputan Piala Parlimen Tampin

Setelah hampir 2 bulan menunda kejohanan, akhirnya Akademi Sukan Pencak Silat bakal melangsungkan Kejohanan Pencak Silat Olahraga (Jemputan) Piala Parlimen Tampin bermula 18 sehingga 20 Mac 2010 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Cawangan Gemencheh, Negeri Sembilan.
Antara pasukan jemputan yang bakal menyertai kejohanan ini adalah wakil dari beberapa perguruan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka dan beberapa perguruan dalam negeri (Negeri Sembilan) termasuk dari ASPS sendiri.

Kejohanan: Kejohanan Sukan Pencak Silat (Jemputan) Piala Parlimen Tampin.

Tarikh: 18, 19 & 20 Mac 2010. (Pendaftaran 17hb)

Lokasi: MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.
  • Tahniah kepada barisan urusetia di kampus Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim diatas kejayaan mengendalikan Kejohanan Pencak Silat beberapa hari lalu.
  • Terkesima lihat kesungguhan pesilat dari Singapura dan Brunei..

Jumaat, 8 Januari 2010

Salam Takziah buat En. Jeffri bin Ismail (EXCO ASPS)

Bagi mewakili pihak serta kepimpinan ASPS, saya mengucapkan takziah kepada En. Jeffri bin Ismail selaku EXCO ranting Kampung Batang Rokan dan keluarga, diatas pemergian 4 ahli keluarga sekaligus dalam tragedi menyayat hati tanggal 5 Januari lalu.

Semoga Allah merahmati roh-roh keluarga beliau serta meletakkan mereka dalam golongan yang soleh dan solehah. Amin..

Al-fatihah.

Perasmian Gelanggang Kampung Tenai

Hari ini bakal mencatat lagi satu sejarah dalam Akademi Sukan Pencak Silat, iaitu upacara perasmian pembukaan gelanggang baru (ranting) Kampung Tenai, Gemencheh. Upacara rasmi ini bermula jam 9.00 malam tadi.



En. Khai sebagai pengurus gelanggang ranting Kampung Tenai bersama ahli-ahli di sana berbesar hati menjemput barisan kehormat ASPS terdiri daripada Khalifah Muda ASPS; En. Isam bin Isa, VVIP ASPS; En. Aby Yus, Pengerusi ASPS; En. Khanafi, Setiausaha Agung ASPS; En. Nur Sharin.



Selain dif-dif kehormat, tidak lengkap majlis tanpa ahli-ahli ASPS termasuklah Ahli Dewan Jemaah, barisan Exco dan Jurulatih-Jurulatih ASPS.



+ Tahniah dan salam perkenalan buat rakan-rakan baru di ranting Kampung Tenai.



(gambar upacara bakal dilampir kemudian)

Sabtu, 2 Januari 2010

Majlis Silaturrahim A.S.P.S di Pengkalan Balak

Tanggal 31 Disember 2009 lalu, Akademi Sukan Pencak Silat telah mengadakan satu program Silaturrahim melibatkan lebih kurang 100 pesilat dari pelbagai ranting (cawangan ASPS).
Program ini berlangsung di tepi pantai Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari.
Beberapa aktiviti telah dijalankan berkonsepkan mini sukaneka, berjaya memupuk suaikenal ukhuwah dengan lebih rapat antara pesilat-pesilat yang kebanyakannya tidak pernah jumpa dan kenal selama ini.

Beberapa dif kehormat juga sempat hadir menceria dan menyempurnakan majlis kali ini.

Sorotan aktiviti dan program
31 Disember 2009 - Khamis

Jam 10 pagi - berkumpul di hadapan SMDT, "memuatkan" lenih kurang 80 pesilat ke dalam 2 buah bas yang disewa khas oleh ASPS.

Jam 11 pagi - bertolak ke Pengkalan Balak. Bas diekori rapat oleh beberapa buah kereta dan van yang tak tahu jalan untuk ke sana. Kui kui kui..

Jam 12 tghari - selamat sampai ke pantai Pengkalan Balak. Proses me"loading" barang dan penempatan di chalet-chalet yang sudah tempah khas.. Agak kelam kabut sikit pada mulanya, namun berjaya ditangani dengan kerjasama barisan jemaah, exco dan urusetia yang sampai awal.

Jam 1 tghari - perut semua berkeroncong sebab dari pagi tak makan.. nak masak pisau belum beli.. nasib baik ada 3 pesilat dari kaum hawa yang turut serta mampu mengupas bawang dengan enteng skali.. (dah biasa dengan teknik kupas kepala guna tangan)

Jam 2 petang - selesai makan dan rehat, urusetia mengarahkan semua pesilat utk ke tepi pantai bagi aktiviti pertama iaitu upacara memberi "nyawa" dan kemudian aktiviti "Kenali Keluarga". Fuh.. memula tu semuanya keras.. sebab kebanyakan pesilat masih belum mengenali antara satu sama lain dimasukkan ke satu kumpulan..

Jam 4 petang - Aktiviti Mini Explorace, makan tepung dulu kalau nak ambik bebanyak gula.. huhuhu.. sadis aktiviti ni.. namun agak malang apabila ada diantara pesilat telah diambil "nyawa"nya..

Jam 5 petang - minum petang dan aktiviti santai (bercanda, bercandat malah bersendat)

Jam 8 malam - mula kedengaran suara DJ (Setiausaha Agung ASPS) memulakan kemeriahan majlis di pentas. Majlis malam itu diteruskan dengan sepatah dua ucapan dari Penasihat Dewan Jemaah seterusnya merasmikan majlis.

Jam 9 malam - BBQ diiringi dengan aktiviti pertandingan karaoke. Fuh, malam tahun baru tertumpu ke Pengkalan Balak akibat setiap wakil dari setiap kumpulan men"nyumbang"kan lagu-lagu mereka.. sumbangan lagu-lagu berkenaan masih terngiang-ngiang lagi di telinga penulis ketika ini.. fuh.. malas nak cerita.. malah ada pulak yang terkena "wakenabeb!" malam tu.. ntah sape plak.. penulis lupa namanya..

Jam 12 malam - Laungan selamat tahun baru dan menyaksikan pertunjukkan bunga api (di sebelah majlis)

Jam 1 pagi - sedikit tips dan nasihat berunsur motivasi mengenai kejohanan olahraga diceramahkan oleh salah seorang Dewan Jemaah Kejurulatihan yang berpengalaman. Semua terpegun dan kagum.. (malah ada yang kagum tapi meleleh-leleh)

Majlis ditunda sementara bagi memberi laluan kepada semua peserta, malah urusetia, jemaah dan exco untuk berehat sebelum majlis bermula sebelah paginya. Itu pun masih ada lagi yang dah "patah pinggang" masih mampu memegang joran, mencadat sotong darat, menabur tepung ketika beradu dan memacam acara individu.. lantaxkoranglerr.. alfenin kefala exco kita..

1 Januari 2010 - Jumaat

Jam 8 pagi - sarapan pagi (disediakan oleh Bonda Ani dan 3 puteri sambil di"kacau" oleh beberapa urusetia sambilan). Malah masih ada yang menyambung aktiviti malam tadi seperti menyandat sotong di darat, mengira butiran pasir pantai dan acara mandi tanpa guna sabun di pantai (ramai peserta) huhuhu.. sedih..

Jam 11 pagi - Kedatangan dif kehormat yang juga Khalifah Muda ASPS diiringi oleh semua peserta dan AJK majlis ke khemah majlis sebelum upacara penyempurnaan seterusnya penutupan majlis.

Jam 12 tengahari - Majlis bersurai.

(editor: gambar-gambar bakal dilampirkan pada kemaskini akan datang)