Memaparkan catatan dengan label Kejohanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejohanan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Oktober 2010

Chemandi Mega Malam (ASPS) gegar Seremban

Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Sembilan baru saja melabuhkan tirai kejohanan petang tadi setelah bermukim 4 hari 3 malam (14~17 Okt) di Kompleks Sukan Seremban 2.


Antara pertubuhan yang bertanding adalah Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Fatani, Persatuan Seni Silat Abjad, Persatuan Seni Silat Tanah Rata, Persatuan Seni Silat Mega Chemandi Mega Malam dan beberapa persatuan lain.
(Upacara Penutup Kejohanan & Penyampaian Pingat)

Akademi Sukan Pencak Silat mewakili Persatuan Seni Silat Chemandi Mega Malam mempertaruhkan 20 peserta membentuk dua team (A & B) berjaya membawa pulang 8 emas, 7 perak dan 5 gangsa pada kejohanan berkenaan. Syabas bagi semua peserta juga "tabik spring" para kontinjen ASPS dalam membantu melicinkan perjalanan pesilat sepanjang kejohanan berlangsung.

(Sebahagian Kontinjen ASPS yg terlibat)

Kepada pesilat-pesilat yang berjaya merangkul emas, anda layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 2 minggu mendatang (info lanjut sila rujuk jurulatih atau PESAKA NS).

(Suntikan semangat dari pelepas : Jemaah Kejurulatihan)


Lampiran Foto:
(Pengurus Kontijen)

Pegawai-pegawai Kontingen

Penyeri

"Mato-mato" ASPS

Doa Pengiring diaminkan beramai-ramai.

Barisan pejuang bersama pingat masing-masing.

Lagi video & foto bakal dilampir tidak lama lagi.

Akademi Sukan Pencak Silat: Syukur, teruskan langkahmu.. perjuangan kita masih belum selesai!

Ahad, 28 Mac 2010

Kejohanan Silat - sukses!

Alhamdulillah, kejohanan telah tamat dengan jayanya (seminggu lepas).
Sebahagian gambar sekitar kejohanan:

(sebilangan peserta berkumpul semasa sessi taklimat kejohanan)

Pasukan jemputan yang hadir menjayakan kejohanan adalah perguruan Gayung Fatani; Perkasa KL, Pertubuhan Seni Gerak Insan; Melaka, Mega Chemandee, Chemandee Mega Malam dan Akademi Sukan Pencak Silat.


(taklimat untuk pengurus setiap pasukan & taklimat urusetia - dikendalikan oleh Cikgu Kamarul Arifin)


(sebilangan wasit juri bertauliah - masuk mengadap sebelum memula pertandingan)
Wasit dan juri kejohanan diwakili oleh ahli Akademi Sukan Pencak Silat, Ketua Pertandingan Cikgu Kamarul Arifin dan Cikgu Kamal dari Wasit Juri Antarabangsa.

(majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Tampin - Dato' Shaziman Abu Mansor, merangkap Menteri di Jabatan Kerja Raya: lokasi MRSM Gemencheh 20 Mac 2010)
Sekalung penghargaan khasnya kepada penganjur kejohanan, budi & jasa kalian kami kenang. Tahun depan boleh kita anjur lagi. Insya Allah.

(antara VVIP Dewan Pendekar : bukan sekadar penyeri sepanjang kejohanan)


Khamis, 11 Mac 2010

Kejohanan Silat MRSM Se-Malaysia

Kejohanan Silat Antara MRSM Se-Malaysia sudahpun berlabuh tirai buat tahun ini. Syabas buat tuan rumah iaitu MRSM Gemencheh dan pesilat-pesilatnya yang cekal dan bersemangat sekali.

Kepada MRSM cawangan-cawangan yang lain, tahniah pada yang berjaya merangkul pingat, semoga dipertemukan lagi pada tahun mendatang, insya Allah.

Cayalah!

Khamis, 21 Januari 2010

Kejohanan Pencak Silat Jemputan Piala Parlimen Tampin

Setelah hampir 2 bulan menunda kejohanan, akhirnya Akademi Sukan Pencak Silat bakal melangsungkan Kejohanan Pencak Silat Olahraga (Jemputan) Piala Parlimen Tampin bermula 18 sehingga 20 Mac 2010 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Cawangan Gemencheh, Negeri Sembilan.
Antara pasukan jemputan yang bakal menyertai kejohanan ini adalah wakil dari beberapa perguruan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka dan beberapa perguruan dalam negeri (Negeri Sembilan) termasuk dari ASPS sendiri.

Kejohanan: Kejohanan Sukan Pencak Silat (Jemputan) Piala Parlimen Tampin.

Tarikh: 18, 19 & 20 Mac 2010. (Pendaftaran 17hb)

Lokasi: MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.
  • Tahniah kepada barisan urusetia di kampus Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim diatas kejayaan mengendalikan Kejohanan Pencak Silat beberapa hari lalu.
  • Terkesima lihat kesungguhan pesilat dari Singapura dan Brunei..

Ahad, 20 Disember 2009

Kejohanan Pencak Silat (Olahraga) Jemputan Piala Parlimen Tampin 2009

Dijemput hadir memeriahkan majlis anjuran kami, AKADEMI SUKAN PENCAK SILAT yang akan berlangsung seperti masa dan tempat di bawah:


  • Tarikh : 30 Disember 2009 hingga 2 Januari 2010

  • Tempat : Dewan Sekolah Men. Keb. (F) Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan.

Jumpa di sana!


Mesyuarat Pelan Tindakan - lokasi di kediaman Ahli Dewan Jemaah.