Khamis, 29 September 2011

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berkumpul, kami berjaya menganjur jamuan bersempena sambutan AidilFitri 1432H. Terima kasih pada team dari Gemas selaku tuan rumah (lokasi di tengah² Pekan Gemas). Antara jemputan dif kehormat yang dijemput hadir adalah Khalifah Muda ASPS - En. Isam Isa, Guru Muda Gayung Fatani N9 - Guru Amir Farish Abd. Hamid, dan beberapa pemimpin² (maaf - editor lupa nama).


Selepas pembukaan majlis, kami dihiburkan dengan beberapa persembahan dari anak² silat sambil menjamu hidangan walaupun serba sederhana, ianya lengkap dengan kambing panggang (sumbangan Bendahari ASPS).

Sebelum menutup majlis, kami mengadakan Mesyuarat Agung Akademi Sukan Pencak Silat 2011.
Beberapa penambahbaikan dibuat dan beberapa program juga pertandingan bakal dilaksanakan sebelum sessi 2011 melabuhkan tirainya.


Terima kasih sekalung budi pada semua yang terlibat dan tetamu yang hadir, juga kredit kepada jurugambar profesional dari Iwan n crew.




Khamis, 30 Jun 2011

Alfatihah utk Aboi Pilus

-Alfatihah-

Assalam utk semua ahli dan peminat² ASPS.
Dukacita dimaklumkan bahawa saudara kita iaitu (Allahyarham) Aboi Pilus telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad lalu akibat kemalangan jalan raya.

Saya mewakili ASPS menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang mengenali diri Aboi Pilus terutama keluarga terdekat beliau.

Kepada warga dan pesilat (terutamanya anak didik Aboi Pilus), berilah sedikit ruang atau kesempatan untuk anda menziarahi keluarga beliau, jika tidak berkesempatan disyorkan untuk berkumpul dan bermuafakat lakukan sesuatu untuk arwah yang tidak dapat dinafikan jasa beliau pada Akademi.

Wasallam.

Ahad, 17 Oktober 2010

Chemandi Mega Malam (ASPS) gegar Seremban

Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Sembilan baru saja melabuhkan tirai kejohanan petang tadi setelah bermukim 4 hari 3 malam (14~17 Okt) di Kompleks Sukan Seremban 2.


Antara pertubuhan yang bertanding adalah Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Fatani, Persatuan Seni Silat Abjad, Persatuan Seni Silat Tanah Rata, Persatuan Seni Silat Mega Chemandi Mega Malam dan beberapa persatuan lain.
(Upacara Penutup Kejohanan & Penyampaian Pingat)

Akademi Sukan Pencak Silat mewakili Persatuan Seni Silat Chemandi Mega Malam mempertaruhkan 20 peserta membentuk dua team (A & B) berjaya membawa pulang 8 emas, 7 perak dan 5 gangsa pada kejohanan berkenaan. Syabas bagi semua peserta juga "tabik spring" para kontinjen ASPS dalam membantu melicinkan perjalanan pesilat sepanjang kejohanan berlangsung.

(Sebahagian Kontinjen ASPS yg terlibat)

Kepada pesilat-pesilat yang berjaya merangkul emas, anda layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 2 minggu mendatang (info lanjut sila rujuk jurulatih atau PESAKA NS).

(Suntikan semangat dari pelepas : Jemaah Kejurulatihan)


Lampiran Foto:
(Pengurus Kontijen)

Pegawai-pegawai Kontingen

Penyeri

"Mato-mato" ASPS

Doa Pengiring diaminkan beramai-ramai.

Barisan pejuang bersama pingat masing-masing.

Lagi video & foto bakal dilampir tidak lama lagi.

Akademi Sukan Pencak Silat: Syukur, teruskan langkahmu.. perjuangan kita masih belum selesai!

Ahad, 28 Mac 2010

Kejohanan Silat - sukses!

Alhamdulillah, kejohanan telah tamat dengan jayanya (seminggu lepas).
Sebahagian gambar sekitar kejohanan:

(sebilangan peserta berkumpul semasa sessi taklimat kejohanan)

Pasukan jemputan yang hadir menjayakan kejohanan adalah perguruan Gayung Fatani; Perkasa KL, Pertubuhan Seni Gerak Insan; Melaka, Mega Chemandee, Chemandee Mega Malam dan Akademi Sukan Pencak Silat.


(taklimat untuk pengurus setiap pasukan & taklimat urusetia - dikendalikan oleh Cikgu Kamarul Arifin)


(sebilangan wasit juri bertauliah - masuk mengadap sebelum memula pertandingan)
Wasit dan juri kejohanan diwakili oleh ahli Akademi Sukan Pencak Silat, Ketua Pertandingan Cikgu Kamarul Arifin dan Cikgu Kamal dari Wasit Juri Antarabangsa.

(majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Tampin - Dato' Shaziman Abu Mansor, merangkap Menteri di Jabatan Kerja Raya: lokasi MRSM Gemencheh 20 Mac 2010)
Sekalung penghargaan khasnya kepada penganjur kejohanan, budi & jasa kalian kami kenang. Tahun depan boleh kita anjur lagi. Insya Allah.

(antara VVIP Dewan Pendekar : bukan sekadar penyeri sepanjang kejohanan)


Ahad, 14 Mac 2010

Mesyuarat Khas Kejohanan - Final





<--- gambar selingan:
sebilangan yang turun Tampin Februari lalu.






Mesyuarat Khas Kejohanan sempena event yg bakal mendatang, tak sampai 2 minggu lagi dah ni.
Terima kasih kepada kepada yang hadir iaitu Pengetua MRSM Caw. Gemencheh selaku tuan rumah turut sudi bekerjasama dengan pihak penganjur khasnya kami ASPS. Jasa baik tuan amat-amat kami hargai. Turut sama bekerjasama jadi "orang pangkal" kami semasa kejohanan nanti adalah Ketua Kampung Kg. Tenai & JKKK-nya, sedia meringankan tulang.
Jabatan-jabatan kerajaan seperti IPD Tampin, Majlis Daerah Tampin, Kementerian Kesihatan Malaysia, RELA, Jabatan Penerangan serta lain-lain agensi terlibat; terima kasih atas sokongan kalian.

Semoga Kejohanan yang bakal kita kemudikan ini memberikan sesuatu untuk diri, agensi malah masyarakat amnya.

Utk warga ASPS; Isnin petang ada perjumpaan. Jangan lepas pandang udah la..

Khamis, 11 Mac 2010

Kejohanan Silat MRSM Se-Malaysia

Kejohanan Silat Antara MRSM Se-Malaysia sudahpun berlabuh tirai buat tahun ini. Syabas buat tuan rumah iaitu MRSM Gemencheh dan pesilat-pesilatnya yang cekal dan bersemangat sekali.

Kepada MRSM cawangan-cawangan yang lain, tahniah pada yang berjaya merangkul pingat, semoga dipertemukan lagi pada tahun mendatang, insya Allah.

Cayalah!

Selasa, 23 Februari 2010

Sessi Taklimat Pembukaan Gelanggang

Beberapa hari yang sudah, pihak kepimpinan ASPS berjaya melaksanakan sessi taklimat di beberapa bakal gelanggang baru iaitu Kampung Geduk dan Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Terima kasih atas penasihat Jemaah Kejurulatihan ASPS selaku pengasas Akademi tampil menyinsing lengan, mengendalikan upacara pertama dalam proses pembukaan gelanggang. Turut hadir bersama beberapa orang-orang kuat ASPS, jemaah lain, barisan jurulatih muda, pesilat-pesilat ASPS juga takkan lupa rombongan dari team Gemas yang sentiasa full support ASPS (main api tuuu...)

Terima kasih jugak saya mewakili kampung saya sendiri kepada ASPS, kerana sedikit sebanyak membantu menambahkan lagi aktiviti belia bagi kampung-kampung kecil seperti ini. JKKK turut memeriahkan lagi majlis serba ringkas ini selain barisan belia kampung dan Exco ASPS dari cawangan ranting gelanggang berkenaan.

Antara gelanggang baru yang bakal dibuka iaitu Bukit Rokan Utara, Bangkahulu di Gemas, Sekolah Tunku Abdul Rahman Gemas dan beberapa pertubuhan belia di daerah Tampin.

Syabas tak terhingga buat barisan kejurulatihan yang tak kenal erti kejurusletihan.
Majulah silat demi Islam, Melayu dan Malaysia.
*Takkan nak harapkan bila ada pemimpin je kita bersemangat melaungkan BELIA BENCI DADAH beb!!