Jumaat, 25 Disember 2009

Mesyuarat Khas Kejohanan Sessi 1

Mesyuarat Khas Kejohanan (Sessi 1) telah berlangsung pada 24 Disember lalu bertempat di Balai Raya Sri Gemencheh. Beberapa badan kerajaan dan penguasa tempatan serta wakil kelab telah menghadiri mesyuarat ini. Antara input dari mesyuarat ini adalah:
  1. Kejohanan Pencak Silat Olahraga Jemputan Piala Parlimen Tampin yang bakal dilangsungkan 30 Disember ini terpaksa ditunda ke tarikh yang mendatang atas sebab dan arahan dari pihak pengurusan kejohanan. Dengan demikian mesyuarat telah mengusulkan tarikh pindaan adalah cuti persekolahan awal tahun 2010 atau musim perayaan terdekat iaitu Februari 2010. Manakala lokasi kejohanan turut diusul tukartempat ke salah satu sekolah berhampiran.
  2. Mesyuarat turut melantik Organisasi Perlaksanaan Kejohanan serta pembahagian tugasan.
  3. Perangkaan badget kewangan dan lain-lain keperluan.
  4. Usul cadangan dan sokongan seperti Pesta atau Karnival ketika Kejohanan bagi menambah keceriaan dalam menyelitkan elemen suasana kemasyarakatan, diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

Mesyuarat Kejohanan ini selesai jam 4 petang manakala mesyuarat susulan telah ditetapkan pada 11 Januari 2010 bersamaan hari Isnin jam 8 malam di Balai Raya Sri Gemencheh.

Semua jabatan, penguasa tempatan dan kelab berkaitan serta Ahli Jawatankuasa Pertandingan termasuk kepimpinan ASPS diwajib menghadirkan diri pada mesyuarat susulan akan datang ini.

Ahad, 20 Disember 2009

Kejohanan Pencak Silat (Olahraga) Jemputan Piala Parlimen Tampin 2009

Dijemput hadir memeriahkan majlis anjuran kami, AKADEMI SUKAN PENCAK SILAT yang akan berlangsung seperti masa dan tempat di bawah:


  • Tarikh : 30 Disember 2009 hingga 2 Januari 2010

  • Tempat : Dewan Sekolah Men. Keb. (F) Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan.

Jumpa di sana!


Mesyuarat Pelan Tindakan - lokasi di kediaman Ahli Dewan Jemaah.